Cuaca cerah sebelah pagi, hujan lebat menjelang petang

TINJAUANCUACAPANAS4661 scaled e1657012976701

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca dilihat cerah dan tiada hujan di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia pada pagi ini dan hanya berlaku sekitar Selat Melaka, namun akan beransur reda tidak lama lagi.

Kata MetMalaysia, keadaan cerah ini dijangka boleh berlarutan sekurang-kurangnya hingga tengah hari.

“Bagaimanapun, menjelang petang nanti, hujan lebat serta ribut petir dijangka boleh berlaku di kebanyakan negeri di Semenanjung dan kebarangkaliannya lebih tinggi di kawasan pedalaman Semenanjung,” katanya menerusi laporan cuaca di YouTube.

Sementara itu, di Sabah, MetMalaysia memaklumkan keadaan hujan lebih tertumpu di bahagian Tawau dan dijangka beransur reda menjelang lewat pagi nanti.

“Hujan serta ribut petir juga sedang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan dan dijangka berlarutan sekurang-kurangnya hingga tengah hari nanti.

“Di Sarawak, hujan lebat ketika ini dicerap melanda kawasan persisir pantai negeri terbabit dan akan beransur reda menjelang lewat pagi ini,” katanya. – https://amiminerals.org/