PETALING JAYA – Cuaca cerah dan baik dilihat berlaku di hampir seluruh negara pada pagi ini berikutan tiada amaran hujan lebat dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai turut berkongsi keadaan cuaca di kawasan masing-masing yang cerah diterangai mentari pagi sekali gus memudahkan mereka untuk melakukan kerja-kerja di lua rumah.
“Pagi-pagi dah rasa bahang matahari, cerah cantik pagi ini. Selamat bekerja semua,” kata Mariam menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
Sementara itu, dalam laporan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia di Facebook, hujan lebat serta ribut petir hanya tertumpu sekitar negeri Sarawak meliputi kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Miri (Miri).
Bagaimanapun, keadaan tersebut dijangka reda pada pukul 10 pagi nanti. – Iteenews