CCTV rakam detik kapal layar Bayesian hilang

kapal bayesian

Tangkap layar CCTV menunjukkan kapal layar Bayesian tenggelam dalam masa yang singkat. – The Sun UK

PALERMO, ITALI – Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan detik sebuah kapal layar mewah hilang sebelum ia disahkan karam di luar pantai Sicily, Itali pada Isnin lalu, lapor akhbar The Sun UK. 

CCTV yang diletakkan pada jarak 200 meter dari tempat kejadian menunjukkan kapal bernama Bayesian hilang dan tenggelam ketika cuaca ribut. 

Menurut seorang saksi, Giornale Di Sicilia, dia bergegas melihat CCTV di vilanya selepas mengetahui berita berhubung tragedi itu dan mendapati, kapal berkenaan tenggelam dalam masa 60 saat. 

“Daripada kira-kira 20 kamera yang dipasang di rumah itu, hanya satu yang tidak terganggu oleh angin dan hujan.

“Tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Ia hilang dalam masa yang sangat singkat,” kata Sicilia.

Setakat petang semalam, enam mangsa termasuk usahawan teknologi Britain, Mike Lynch dan Pengerusi bank Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer, masih hilang.

Kapal layar mewah sepanjang 56 meter itu membawa 22 orang termasuk warga Britain, Amerika Syarikat dan Kanada. 

Lima belas orang telah diselamatkan termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun, manakala mayat seorang mangsa ditemui. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *