Buruh Rohingya tak mengaku ‘sentuh’ anak kandung

WhatsApp Image 2025 03 26 at 11.35.47 AM

Tertuduh (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/https://amiminerals.org/

SEBERANG PERAI – Seorang buruh etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan amang seksual terhadap anak perempuannya, dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di rumahnya di Pengkalan Machang, Sungai Dua di sini, pada 8 Mac lalu.

Dalam prosiding sama, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan amang seksual fizikal terhadap anaknya itu di lokasi sama pada 12 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili Rafael Abdullah.

Wan Amira Ruzaini dalam prosiding membantah jaminan diberikan terhadap tertuduh atas faktor hubungan lelaki itu dengan mangsa selain kedua-dua pertuduhan adalah serius iaitu membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak.

Rafael bagaimanapun memohon jaminan diberikan terhadap anak guamnya dan memaklumkan anak guamnya akan tinggal bersama kakak saudaranya di Jalan Baru, Perai.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM22,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta dua penjamin tempatan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Mei depan bagi serahan laporan perubatan mangsa. – https://amiminerals.org/