WASHINGTON – Sebuah bulan mini sebesar bas berada pada hari terakhir di orbit Bumi dan akan lenyap tidak lama lagi, namun dijangka muncul semula pada 2055, lapor portal berita The Sun semalam.
Bulan itu sebenarnya sebuah asteroid dikenali sebagai 2024 PTS. Jasad angkasa lepas selebar 10 meter itu muncul di orbit Bumi pada 29 September lalu.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa kehadiran bulan kedua itu tidak mendatangkan bahaya kepada Bumi.
Ini kerana ia jauh lebih kecil daripada Bulan sebenar yang selebar 3,474 kilometer.
“Bulan mini ini amat menarik kerana saiznya. Objek ini sangat samar dan kita hanya boleh melihatnya melalui cahaya yang dipantulkan,”kata Profesor Madya Fizik Universiti Baylor di Texas, Barbara Castanheira Endl.
Menurutnya, ada kemungkinan bahawa asteroid sebesar mesin basuh pinggan mangkuk sedang mengorbit Bumi pada bila-bila masa dan kita tidak menyedarinya. – AGENSI