Budak perempuan tertinggal sejauh 400 kilometer 

Kanak tinggal

SEORANG kanak-kanak perempuan tertinggal di sebuah stesen minyak. – Foto Facebook

BANGKOK – Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun tertinggal sejauh 400 kilometer (km) oleh bapa saudaranya di sebuah stesen minyak di daerah Nang Rong, Thailand, lapor portal berita MSNews kelmarin.

Pada malam Khamis lalu, sebuah pasukan penyelamat bertindak balas terhadap laporan bahawa terdapat seorang kanak-kanak berseorangan di stesen minyak tersebut.

Setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati kanak-kanak itu yang memakai beg galas, sedang ditenangkan oleh dua wanita tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Dua wanita itu memerhatikan mangsa duduk dan menangis sendirian untuk tempoh yang lama dan mendekatinya untuk menghulurkan bantuan.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke lokasi selamat dan misi mencari keluarganya melalui media sosial bermula kerana dia enggan bercakap.

Seorang wanita yang merupakan warga Laos kemudian menghubungi pasukan penyelamat itu selepas berita tersebut tersebar di media sosial.

Wanita itu menyatakan bahawa anak perempuannya tertinggal bas ketika berhenti di stesen minyak tersebut samasa dalam perjalanan bersama bapa saudaranya untuk menemuinya di Bangkok. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *