SYDNEY – Seorang wanita merakam seekor ikan jerung memakan buaya di tepi pantai Nhulunbuy di Australia, lapor portal berita News18 semalam.
Adegan itu dirakam menerusi klip video berdurasi 43 saat oleh Alice Bedwell yang berkongsi paparan tersebut bersama agensi berita Storyful, Rabu lalu.
Dalam klip video itu, seekor buaya air masin yang mati dilihat terlentang di tepi pantai.
Di sebelah kanannya, kelihatan seekor jerung besar berenang ke arah perairan cetek.
Netizen kagum dengan kejadian tersebut selepas ia dimuat naik di laman sosial.
Seorang netizen berkata: “Perkara seperti ini hanya berlaku di Australia.”
Seorang lagi mengulas: “Jerung itu sangat dekat dengan pantai!”- AGENSI