Bidan sendiri bawa ambulans hantar wanita bersalin

geli bidan

Tangkap layar menunjukkan sebuah ambulans yang dipandu oleh seorang bidan. – Instagram  

JAKARTA – Seorang bidan di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas memandu sebuah ambulans untuk membawa seorang wanita yang hendak bersalin ke hospital, lapor portal berita Tribunnews. 

Kejadian berlaku di Dairi, wilayah Sumatera Utara semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @tkpmedan menunjukkan bidan itu mengendalikan ambulans sambil menyalakan  siren. 

Meskipun dalam keadaan panik, dia tetap fokus dan memandu secara berhati-hati. 

Dia berbuat sedemikian selepas berdepan masalah ketiadaan pemandu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kuasa ‘mak-mak’ jangan dibuat main,” kata seorang netizen. 

“Bidan luar biasa! Dia tidak kekok walaupun ambulans itu sepanjang 5 meter,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI