BARTLETT, NEW HAMPSHIRE – Seekor beruang di New Hampshire mengundang perhatian ramai selepas dirakam memanjat kereta dan memasuki tingkap yang rosak untuk mencuri makanan ringan, lapor agensi berita United Press International semalam.
Rakaman yang dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Geoffrey Starr di laman Facebook memaparkan beruang betina itu memanjat masuk ke dalam kenderaan yang diletakkan di kawasan perumahan Barlett.
Ia berada di dalam kereta tersebut buat seketika sebelum keluar dengan snek makanan.
“Tingkap kereta itu ditutup dengan pita pelekat tetapi ia tidak menghalang haiwan tersebut untuk masuk.
“Selepas berjaya mencuri snek, ia kembali semula bersama anak-anaknya,” kata Starr.
Jabatan Ikan dan Permainan New Hampshire menyatakan bahawa beruang adalah haiwan yang oportunistik. Ia akan mencari bekalan makanan manusia apabila makanan semula jadinya tiada. – AGENSI