Bekas pengurus England temui ajal

sVEN

Sven-Goran Eriksson pernah membimbing skuad Three Lions pada 2001 hingga 2006.

LONDON – Bekas pengurus import pertama England, Sven-Goran Eriksson disahkan meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas bertarung dengan kanser sebelum ini.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan dua anak kandungnya, Lina dan Johan selepas Eriksson menemui ajak ketika tidur di kediamannya di Bjorkefors, Sweden sebentar tadi.

“Ayah kami, Sven-Goran Eriksson telah meninggal dunia pada hari ini selepas bertarung dengan kanser untuk tempoh yang cukup lama.

“Dia telah beritahu kami bahawa tahap kesakitannya semakin parah sejak awal tahun ini tetapi semangat dan sokongan yang diberikan oleh keluarga bola sepak menaikkan motivasinya untuk terus hidup.

“Dia mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sentiasa memberikan kata-kata positif,” kata kenyataan tersebut.

Eriksson dianggap sebagai salah seorang pengendali berpengaruh sejak era 80-an apabila membimbing beberapa pasukan bertaraf kelab seperti Manchester City, Leicester City, AS Roma dan Lazio.

Kariernya mencapai kemuncak apabila menjadi ketua jurulatih England pada 2001 hingga 2006 selain pernah membimbing beberapa negara lain seperti Mexico, Ivory Coast dan Filipina. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *