Bekas pelajar dirotan pengetua semasa ‘reunion’

geli reunion

Tangkap layar menunjukkan bekas pelajar yang kelihatan dewasa itu dirotan semasa ‘reunion’. – X

NEW DELHI – Sekumpulan bekas pelajar sebuah sekolah di India mengundang perhatian pengguna media sosial selepas meraikan majlis pertemuan semula atau ‘reunion’ dengan cara dirotan oleh pengetua, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X, seorang lelaki dipercayai pengetua sekolah berkenaan, ‘merotan’ kumpulan itu di bahagian punggung. 

Lebih kelakar adalah apabila kesemua lelaki itu bergilir-gilir menerima ‘hukuman’ tersebut. 

Menurut perakam, ia dilakukan untuk mengimbau semula kenangan semasa zaman persekolahan.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 823,000 tontonan. Rata-rata netizen terhibur dan menganggap ‘hukuman’ itu menjadikan mereka berjaya. 

“Waktu paling indah dalam kehidupan,” kata seorang netizen. 

“Jika guru melakukan perkara sedemikian pada zaman ini, mereka akan digantung tugas,” sindir netizen lain. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *