Bekas atlet Olimpik mati tercekik

atlet mati

Larreal telah bersara daripada menyertai temasya sukan Olimpik. – AFP

LAS VEGAS, NEVADA  – Seorang bekas atlet sukan Olimpik ditemui mati di dalam apartmennya,  dipercayai akibat tercekik makanan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pelumba basikal Venezuela, Daniela Larreal Chirinos yang bertanding dalam lima sukan Olimpik antara 1992 hingga 2012,  menetap di Las Vegas sejak bersara daripada temasya sukan itu.

Dia bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel  tetapi gagal hadir bekerja pada 12 Ogos lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, Larreal, 50, meninggal dunia akibat sesak nafas.

Bedah siasat mendapati terdapat sisa makanan pepejal dalam saluran pernafasannya, menunjukkan dia mati tercekik.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum disahkan secara rasmi oleh polis.

Larreal ialah salah seorang atlet Venezuela yang terkenal. Dia bertanding dalam lima sukan Olimpik iaitu Barcelona 1992, Atlanta 1996, Sydney 2000, Athens 2004 dan London 2012. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *