Bapa Lamine Yamal ditikam

bapa lamine

Yamal bersama Nasraoui selepas Sepanyol memenangi Euro 2024. – Getty Images

BARCELONA, SEPANYOL – Bapa kepada pemain bola sepak Sepanyol dan Barcelona, Lamine Yamal, ditikam pada lewat semalam di sebuah tempat letak kereta di bandar Mataro, dekat Barcelona, lapor akhbar The Guardian.

Menurut beberapa sumber, Mounir Nasraoui, dibawa ke hospital Can Ruti di Barcelona dan dia berada dalam keadaan serius, lapor akhbar La Vanguardia.

Bagaimanapun, laporan oleh laman web sukan, Relevo yang memetik sumber rasmi berkata, Nasraoui telah dibenarkan keluar dari hospital dan kembali ke rumahnya.

Polis Barcelona memulakan siasatan ke atas insiden itu, di mana beberapa orang dipercayai terlibat. Beberapa tangkapan juga telah dibuat, lapor agensi berita EFE.

Nasraoui, 35, pada bulan lepas menyaksikan anaknya menjadi pemain termuda yang muncul dan menjaringkan gol di Kejohanan Eropah ketika Sepanyol memenangi Euro 2024. 

Yamal, 17, menikmati musim yang cemerlang dalam La Liga sebelum membantu Sepanyol menjulang kejayaan Euro 2024. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *