Bapa berusia 46 tahun ada rahim wanita

Geli usus

SEORANG lelaki didapati mempunyai rahim dan ovari wanita dalam tubuhnya di India. – Foto AFP

NEW DELHI – Satu pembedahan bagi membuang hernia membawa kepada penemuan  tidak dijangka di sebuah hospital di Gorakhpur, negeri Uttar Pradesh, lapor portal berita The Indian Express kelmarin.

Rajgir Mistri, 46, mengalami sakit perut yang teruk selama beberapa hari dan memutuskan untuk menjalani ujian ultrasound.

Bapa kepada dua anak itu mahu menjalani ujian itu selepas mendapati dirinya mempunyai organ pembiakan wanita di dalam badannya.

Semasa pembedahan hernia di sebuah hospital, Dr. Narendra Dev menemui rahim yang kurang berkembang dan ovari di dalam badan Mistri. 

Menurut doktor itu, Mistri mengalami kecacatan kelahiran dan tidak menunjukkan ciri-ciri seperti perempuan. 

Laporan itu juga menyatakan Mistri kini sihat dan semakin pulih. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *