JOHOR BAHRU – Seramai 33 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah yang terjejas banjir, setakat pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, seramai lima calon yang awal ditempatkan di PPS berpindah ke rumah saudara bagi mempersiapkan diri bagi peperiksaan itu.
Beliau berkata, ia membabitkan 12 calon SPM dan STPM di daerah Kota Tinggi diikuti empat calon di Kluang, Kulai (8), Pontian (7) dan Johor Bahru (7).
Katanya, daripada keseluruhan jumlah itu, lapan mangsa banjir akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada pada hari ini.
Pada 2 Januari lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilaporkan berkata sebanyak 133 Pusat Peperiksaan Alternatif (PPA) disediakan bagi menempatkan calon SPM di enam negeri yang berisiko jika pusat peperiksaan sedia ada dilanda banjir.
PPA itu diwujudkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah sebagai langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang peperiksaan SPM berlangsung khususnya ketika Monsun Timur Laut (MTL). – https://amiminerals.org/