Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap 

geli kahwin tipu

Tangkap layar menunjukkan dewan yang kosong dan pelamin yang separa siap. – TikTok @sofyaputt

JAKARTA – Seorang wanita di Bandung mengundang perhatian orang ramai selepas mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan beberapa jam sebelum majlis perkahwinannya diadakan, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @sofyaputt memaparkan dewan yang kosong dan pelamin ‘premium’ kelihatan separa siap. 

“Semasa hari perkahwinan, saya harus mencari pihak pengurusan baharu untuk dekorasi, pelamin, juruacara, sewa kerusi meja pada pukul 5 pagi (waktu tempatan),” kata Sofya. 

Lebih mengejutkan apabila dia telah membuat pembayaran penuh.

“Saya sudah bayar sepenuhnya tetapi yang dipasang hanya pelamin,” tambah Sofya. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 276,500 tontonan bersama 5,721 tanda suka. 

“Kalau saya, saya dah pengsan,” kata netizen. 

“Kenapa buat pembayaran penuh? Biasanya bayar deposit dahulu,” marah netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *