JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial selepas mendedahkan bahawa bakal suaminya membatalkan perkahwinan mereka gara-gara dia meminta geran rumah, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @butterfly.rain menunjukkan wanita itu mengoyak gambar pertunangan mereka.
“Tergamak awak memberitahu orang lain bahawa perkahwinan itu dibatalkan kerana saya meminta geran rumah. Rumah yang awak bangunkan itu atas nama saya,” demikian menurut keterangan video itu.
Difahamkan bahawa pasangan itu bertunang pada 7 Januari lalu dan sepatutnya berkahwin pada 8 Disember ini.
Video itu mencatatkan lebih 2.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Lebih elok batal perkahwinan sekarang daripada menyesal di kemudian hari,” komen seorang netizen.
“Tempoh pertunangan dan akad nikah tidak boleh lama, nanti jadi seperti ini,” komen pengguna media sosial lain. – AGENSI