‘Bahan rahsia buatkan minuman teh jadi sedap’

geli cuci

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mencuci balang tanpa sabun di dalam tandas. – Instagram

NEW DELHI – Perbuatan seorang lelaki di India yang bersahaja mencuci balang teh di dalam tandas sebuah kereta api mengundang kecaman pengguna media sosial, lapor portal berita India Today semalam. 

Rakaman di platform Instagram oleh akaun @yt_ayubvlogger23 menunjukkan seorang peniaga sedang membersihkan bekas minuman teh. 

Balang tersebut bukan sahaja tidak dibersihkan dengan sabun, malah dibilas dengan bidet di dalam tandas. 

Klip video itu mencatatkan lebih 89 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Bahan rahsia yang membuatkan minuman menjadi sedap,” kata  seorang netizen. 

“Ini bukan teh kereta api, tetapi teh tandas,” kata netizen lain. – AGENSI