Bagasi hancing, air kumbahan menitis di terminal ternama

Viral najis2

Air kumbahan menitis dari siling Terminal 5 Lapangan Terbang Heathrow, Britain. – Foto Daily Mail

LONDON – Bau busuk menusuk hidung penumpang selepas mereka mendapati air kumbahan menitis di kawasan bagasi Lapangan Terbang Heathrow, London, lapor portal berita MailOnline semalam.

Video kejadian dirakam di kawasan ketibaan Terminal 5 pada pukul 8.45 pagi (waktu tempatan), Ahad lepas. Rakaman itu memaparkan air kotor menitis dari siling  mesin pengambilan bagasi yang berputar.

Seorang penumpang yang tiba dari Edinburgh, Scotland berkata, mereka dapat menghidu bau hancing dan kumbahan ketika menghampiri kawasan bagasi.

“Air kumbahan menitis pada mesin pengambilan bagasi, air kencing dan bau kumbahan lama,”kata penumpang itu yang enggan namanya disiarkan.

Lapangan Terbang Heathrow kemudian mengesahkan bahawa kawasan itu telah ditutup kepada kakitangan dan penumpang. 

Seorang jurucakap lapangan terbang berkata: “Tidak lama selepas insiden ini dilaporkan, kawasan terbabit ditutup kepada penumpang bagi memudahkan jurutera dan kakitangan   melakukan kerja pembaikan. “

 Terminal 5 dibuka pada 2008, manakala pembinaannya menelan belanja berbilion-bilion pound sterling. – AGENSI