TAIPEI – Dua ekor babi ‘melarikan diri’ dari sebuah lori di tengah lebuh raya di Taiwan, menyebabkan polis terpaksa campur tangan untuk menangkapnya, lapor laman berita MSNews.
Kedua-dua ekor haiwan itu terjun dari trak tersebut dalam kejadian pada malam Khamis lalu di Lebuhraya Wilayah Taiwan 74, daerah Wufeng, Bandar Taichung.
Polis terpaksa melakukan sekatan jalan raya sebagai usaha untuk menangkap haiwan berkenaan sebelum ia berjaya ‘ditambat’ semula.
Sebuah lori kemudian digunakan untuk mengalihkan babi-babi tersebut, manakala pemandu trak terbabit disaman. – AGENSI