Angkut motosikal naik kereta pulang beraya

geli motosikal

Sebuah motosikal yang diikat pada belakang kereta untuk dibawa pulang ke kampung. – TikTok

JAKARTA – Seorang penduduk Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup mengangkut motosikalnya untuk pulang beraya di kampung halaman, lapor portal berita NTV News semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kholisjeck96 memaparkan pemilik kereta berwarna putih itu mengangkut sebuah motosikal di sebuah lebuh raya yang sibuk. 

Motosikal tersebut diikat dengan tali pada belakang kenderaan agar tidak terjatuh. 

Klip video itu mencatatkan lebih 7.1 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Idea yang cemerlang!” kata seorang netizen. 

“Yang penting jimat duit!” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI