Angkasawan lihat cahaya indah 400 kilometer dari Bumi

Ragam cahaya1

CAHAYA Aurora Borealis yang dirakamkan Dominick menerusi video. – Foto X/dominickmatthew

WASHINGTON – Seorang angkasawan bertuah dapat melihat fenomena Cahaya Utara atau nama saintifiknya, Aurora Borealis dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor laman  berita MailOnline semalam.

Matthew Dominick yang merupakan angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) turut merakamkan cahaya itu dari ISS yang terletak kira-kira 400 kilometer di atas Bumi

“Aurora ini sangat mengagumkan dan muncul sejak beberapa hari lalu,” katanya di platform X . Fenomena alam semula jadi itu biasanya muncul di Kutub Utara.

Videonya itu mendapat banyak komen netizen dengan ada yang menulis: “Sungguh menakjubkan!”. 

Aurora berlaku disebabkan oleh gangguan dalam magnetosfera Bumi yang merupakan sistem medan magnetnya akibat aktiviti Matahari. 

Oksigen mengeluarkan cahaya hijau dan merah, manakala nitrogen menghasilkan cahaya biru dan ungu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *