Anak saman ibu kerana buang koleksi komik kesayangan

wanita buang komik anak

Gambar menunjukkan koleksi manga Attack on Titan. – Lin Yi-chang

TAIPEI – Seorang wanita di Taipei diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar pampasan sebanyak NT$5,000 (RM650) kepada anaknya kerana membuang 32 koleksi komik Attack on Titan milik plaintif, lapor portal berita Taipei Times. 

Wanita dikenali sebagai Chien itu tinggal bersama anak lelakinya, namun hubungan mereka renggang disebabkan tabiat plaintif yang gemar mengumpul manga dan majalah.

“Kami tidak mempunyai ruang di rumah untuk menyimpan semua koleksi miliknya dan saya melupuskan siri manga itu kerana sudah berkulat,” kata Chien. 

Susulan itu, plaintif yang berusia 20 tahun nekad menyaman Chien selain mengatakan bahawa beberapa buku yang dibuang sudah tidak lagi dicetak. 

Menurut pendakwa raya, Chien didakwa atas kesalahan memusnahkan harta mengikut kanun jenayah. 

Hakim mahkamah daerah di Chiayi berkata, Chien harus menghormati hak anaknya terhadap harta yang dimiliki, justeru memerintahkannya untuk membayar ganti rugi. 

“Keputusan itu boleh dirayu,” kata mahkamah. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *