BANGKOK – Anak kepada bekas datuk bandar di wilayah Pathum Thani mengaku bersalah atas tiga kesalahan lalu lintas dan didenda 6,000 baht (RM794), lapor laman berita Thai PBS World semalam.
Samitthipat Leenaowarat yang merupakan anak bekas Datuk Bandar Thanyaburi, Krisda didakwa memandu secara melulu, memandu tanpa lesen dan memandu dengan lesen tamat tempoh.
Suspek yang mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan membayar denda dan dibebaskan.
Krisda yang menemani Samitthipat ke balai polis memberitahu media bahawa anaknya sudah pun meminta maaf kepada pasangan warga emas yang terlibat dalam kemalangan dengan lelaki itu.
Mereka yang menaiki trak pikap kemudian berlanggar dengan kereta BMW dipandu Samitthipat.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius dengan si suami masih dirawat di hospital akibat patah tulang rusuk. – AGENSI