MADISON, WISCONSIN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Amerika Syarikat nekad melaporkan ibunya kepada polis kerana memakan aiskrim miliknya, lapor agensi berita United Press International semalam.
Kejadian berlaku di bandar Mount Pleasant, negeri Wisconsin.
Kanak-kanak itu menghubungi polis dan membuat aduan bahawa ibunya ‘seorang yang jahat’.
Jabatan Polis Mount Pleasant berkata, kanak-kanak itu juga meminta ibunya untuk ditangkap dengan segera sejurus polis tiba di rumah mereka.
“Dia bagaimanapun mengubah fikirannya berhubung hukuman tersebut dan hanya mahukan aiskrim.
“Kami datang ke rumahnya pada keesokan hari dan memberikan aiskrim kepadanya,” tambah polis. – AGENSI