Ahli Parlimen UK cadang haramkan kahwin sepupu

pupu

GAMBAR fail satu majlis perkahwinan. – Foto AFP

LONDON – Seorang Ahli Parlimen United Kingdom (UK) mencadangkan undang-undang baharu yang akan mengharamkan perkahwinan sesama sepupu, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Richard Holden daripada Parti Konservatif berkata, penyelidikan saintifik menunjukkan perkahwinan sesama sepupu dikaitkan dengan masalah genetik dan kematian bayi yang lebih tinggi. 

“Sains itu jelas, perkahwinan sepupu harus diharamkan atas alasan kesihatan.

“Kita harus bertindak demi kepentingan negara,”kataya di Dewan Rakyat. 

Holden menambah, nisbah perkahwinan sepupu adalah tertinggi dalam kalangan warga Ireland dan komuniti Pakistan-Britain.

Namun, seorang ahli Parlimen bebas, Iqbal Mohamed mempersoalkan usul tersebut.

“Adalah penting untuk diingatkan bahawa ini adalah isu yang sangat sensitif. 

“Dalam membincangkannya, kita harus berada di tempat orang yang memiliki budaya berbeza dengan kita untuk lebih memahami mengapa amalan itu terus berlaku secara meluas,” katanya. – AGENSI