Agong terima panggilan telefon dari Raja Charles III

WhatsApp Image 2024 10 11 at 09.11.31 e384c74e

Sultan Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara. FOTO FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Raja Britain, Raja Charles III, di Istana Negara, semalam.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, panggilan membincangkan mengenai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-17.

Difahamkan, mesyuarat itu dijadual berlangsung di Apia, Samoa, dari 21 hingga 26 Oktober ini.

Pada masa sama, Raja Charles III juga menyampaikan salam mesra kepada Sultan Ibrahim buat seluruh rakyat Malaysia.

Untuk rekod, CHOGM kali ini yang menghimpunkan 56 negara akan membincangkan pelbagai isu berkaitan Komanwel dengan membawa tema ‘One Resilient Common Future: Transforming our Common Wealth’. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *