Abdul Hadi miliki sinergi kukuh dengan rakan niaga di Tanah Suci

pix ramai hadi

Abdul Hadi (empat dari kanan, barisan tengah) bersama kakitangannya di pejabat MKM Travel di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bukan mudah bagi seorang pengasas syarikat yang membangunkan empayar perniagaannya sendiri dengan keringat, hasil titik peluhnya, kemudian melepaskan entiti tersebut untuk dioperasikan oleh pihak lain.

Namun itulah yang dilalui oleh usahawan ini yang terpaksa melalui satu sejarah perit dalam kehidupannya demi mencapai satu kejayaan lain dalam bidang lain yang lebih luas potensinya.

Pengarah Strategik MKM Tic­keting Travel & Tours Sdn. Bhd. (MKM Travel), Dr. Abdul Hadi Abdul Rahman nekad melepaskan syarikat pengendali umrah yang dibinanya sejak tahun 2012 kepada salah seorang ahli keluarga terdekatnya.

“Azzuha Group Travel & Tours adalah sebuah syarikat yang begitu terkenal dalam kalangan jemaah haji dan umrah dan saya tinggalkan ia dalam kedudukan yang sangat kukuh dan baik agar terus berkhidmat kepada para pelanggannya.

pix mkm hadi

“Pada tahun 2023, saya men­yertai MKM Group sebuah kumpulan yang memiliki 35 syarikat di bawah entitinya dalam pelbagai cabang perniagaan lain se­perti insurans, teknologi maklumat.

“Ini membolehkan saya mendapat akses terus kepada pelbagai bisnes milik MKM termasuk bidang baharu seperti insurans,” katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Abdul Hadi terlibat dalam industri pengendalian haji dan umrah sejak tahun 2005 dengan melakukan pelbagai jenis kerja termasuk menjadi mutawif seterusnya melalui peluang yang ada membolehkan beliau membina syarikat milik sendirinya.

Kini, di bawah payung MKM Travel, anak kelahiran Kulim, Kedah itu terus mengatur langkah lebih agresif memimpin syarikat berkenaan dengan kerap ‘terbang’ ke Tanah Suci membawa jemaah haji dan umrah setiap tahun.

Bersandarkan pengalamannya yang begitu lama dalam bidang tersebut, beliau memiliki hubungan yang baik dengan rakan niaga di Mekah dan Madinah untuk menjalinkan kerjasama strategik bagi membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan berkualiti dan memenuhi keperluan jemaah.

pix mkm ziarah

Melalui keyakinan, amanah, hubungan dan kerjasama yang terbina dengan beberapa kumpulan perniagaan di Tanah Suci termasuk Kumpulan Hotel Accor yang memiliki banyak jenama hotel berjenama lima bintang di bawahnya, MKM mampu menawarkan pakej umrah berkonsepkan premium kepada pelanggan.

“Dengan harga pakej kurang daripada RM11,000, jemaah umrah menikmati pakej yang membolehkan mereka menginap di hotel lima bintang di Mekah dan juga di Madinah ke­rana kami mendapat harga yang sangat berpatutan daripada rakan kerjasama di sana.

“Terdapat juga pakej ekonomi premium yang menawarkan penginapan tiga bintang di Madinah tetapi hotel lima bintang di Mekah sebab daripada maklum balas pelanggan yang diterima, mereka lebih suka menginap di hotel yang begitu dekat dengan Masjidil Haram.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pada tahun hijrah 1445 (2023/2024), MKM Travel telah membawa kira-kira 10,000 jemaah dan pada musim baharu tahun hijrah ini (1446) , syarikat optimis angka tersebut meningkat sekali ganda kepada 20,000 hingga 25,000 jemaah.

mutawif1

Nilai sasaran itu, jelasnya bakal dicapai melalui sokongan daripada kerjasama yang telah lama terjalin dengan syarikat penerbangan, Amal by Malaysia Airlines.

Faktor lain yang menyokong adalah program ziarah dan mutawif yang berpengalaman serta mengambil berat tentang kebaji­kan jemaah selain disokong petugas separuh masa yang begitu komited dalam tugasan masing-masing di Tanah Suci membantu jemaah daripada hari pertama sehingga hari terakhir di lapangan terbang.

Mutawif MKM Travel juga memiliki pengetahuan yang cukup baik tentang ibadah di Tanah Suci, destinasi ziarah, sejarah mengenai Mekah dan Madinah, outlet restoran makanan dan minuman tempatan yang disukai jemaah Malaysia.

Lebih menarik, mutawif MKM memiliki keunikan untuk berkongsi kisah mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW, sahabat dan ahli keluarga baginda kerana setiap penceritaannya membuatkan hati jemaah tersentuh sehingga ada yang menga­lir air mata mendengar kisah sedih nabi akhir zaman itu.

pix jemaah

Tidak hairanlah syarikat pengendali umrah ini sentiasa mendapat maklum balas dan sambutan baik daripada pelanggan malah ada yang terus setia membuat tempahan pakej umrah lagi pada masa depan.

“Kami menyasarkan menjelang tahun 2028, jemaah umrah kami akan bertambah kepada 80,000 jemaah,” jelasnya.

Selain itu, MKM Travel yang telah mendapat lesen daripada Tabung Haji sejak tahun 2016 itu turut menawarkan perkhidmatan pengurusan haji  yang lebih berkonsepkan premium.

Bilangan jemaah hajinya kini adalah kira-kira 3,000 jemaah yang mana 20 peratus daripada mereka adalah di bawah pakej premium yang mana harganya boleh mencecah kepada RM280,000 seorang.

Perkhidmatan hajinya itu telah mendapat sambutan baik daripada orang kenamaan dan mana promosinya hanya sekadar dari mulut ke mulut telah membolehkan MKM Travel terkenal dalam kalangan T20 sehingga sekarang.  -Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *