8 askar maut, 7 polis diculik di Pakistan

8 scaled

ANGGOTA pasukan keselamatan berkawal semasa orang awam memprotes pembunuhan beberapa anggota polis oleh kumpulan militan di daerah Bannu, wilayah Khyber-Pakhtunkhwa pada 13 September lalu. – AFP

ISLAMABAD – Seramai lapan askar terbunuh dan tujuh anggota polis diculik  dalam dua serangan berasingan di barat laut Pakistan, kata beberapa pegawai perisikan polis kepada AFP hari ini.

Seorang daripada mereka berkata, pertempuran semalam mengakibatkan lapan askar dan sembilan ‘militan’ terbunuh  di kawasan Tirah dalam wilayah Khyber-Pakhtunkhwa.

Kumpulan Taliban Pakistan(TTP) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Dalam serangan berasingan juga di Khyber-Pakhtunkhwa, tujuh anggota polis telah diculik di sebuah pos pemeriksaan, kata seorang pegawai kanan polis.

“Penyerang-penyerang turut merampas senjata api anggota-anggota polis,” tambahnya.

Seorang pegawai polis lain,  Muhammad Zia ud-Din mengesahkan kejadian itu.

Pakistan menyaksikan peningkatan serangan oleh TTP di sempadannya dengan Afghanistan.

TTP membunuh seramai 10 anggota polis pada 25 Oktober lalu.  – AFP