70 tahun kumpul duit, datuk 100 tahun bakal tunai haji

Geli haji scaled

Gambar fail Sanusi. – Foto TribunnewsBogor.com

JAKARTA – Seorang warga emas yang akan menginjak usia 100 tahun bakal menunaikan haji di Mekah selepas 70 tahun mengumpul wang, lapor laman berita Tribun Medan hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Sanusi itu merupakan calon jemaah haji tertua di Bogor, wilayah Jawa Barat.

Dia akan berusia 100 tahun ketika berangkat ke Mekah pada pertengahan Mei tahun ini.

Sanusi lahir pada 3 Februari 1925 dan menjadi petani di kawasan dekat dengan rumahnya.

“Dari tahun 1955, wang daripada hasil jualan ubi kayu, pisang, nangka dan rambutan disimpan,”ujarnya.

Walaupun usianya tidak lagi muda, keadaan fizikal Sanusi masih kuat kerana dia masih mampu membanting tulang.

Selain menyimpan wang untuk menunaikan haji, dia juga membeli tanah sedikit demi sedikit sehingga keluasan keseluruhannya mencapai satu hektar. – AGENSI