7 terbunuh dalam rempuhan kuil 

7 terbunuh rempuhan kuil

Rempuhan berlaku di Kuil Baba Siddhath, daerah Jehanabad. – Bangla News

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden rempuhan di sebuah kuil dalam negeri Bihar di India, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Jehanabad di Kuil Baba Siddhath, daerah Jehanabad pada waktu malam antara kelmarin dan semalam. 

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa memaklumkan seramai tujuh mangsa terkorban manakala 16 lagi cedera dalam insiden tersebut.

Pihak berkuasa turut menyatakan bahawa mereka menerima laporan mengenai pertengkaran berlaku di dalam kuil, yang membawa kepada insiden tersebut. 

Menurut pegawai kanan awam, Alankrita Pandey, anggota pasukan  keselamatan telah dikerahkan ke tempat kejadian. 

“Keadaan telah terkawal,” kata Pandey. 

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan menyalahkan pengurusan yang lemah dan penggunaan baton oleh polis sebagai punca rempuhan berlaku. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *