6 lelaki ‘single’ sertai perlumbaan cari pasangan

geli acara cari pasangan

Tangkap layar menunjukkan acara ‘Lomba Mencari Pasangan’ sempena meraikan Hari Kemerdekaan. – Instagram @sekitargarut

JAKARTA – Sekumpulan lelaki bujang di Garut, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai selepas menyertai sebuah acara untuk mencari pasangan sempena meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @sekitargarut, setiap peserta dilihat memegang sekeping papan tanda lengkap dengan maklumat peribadi masing-masing. 

Maklumat itu termasuk nama, kriteria calon pasangan dan nombor telefon mereka. 

Paparan nombor itu diletakkan agar wanita yang berminat boleh segera menghubungi mereka. 

“Kepada semua wanita di seluruh Indonesia, semua peserta ini memang bujang. Jika anda tertarik boleh segera hubungi dengan nombor yang tertera,” demikian menurut keterangan video. 

Pemenang acara itu akan diumumkan menjelang 20 Ogos ini.  

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 18,600 tanda suka. Rata-rata, netizen terhibur dengan acara tersebut. 

“Fahamkan kenapa belum dapat jodoh,” sindir netizen. 

“@dwiajeng78 boleh pilih, kata nak cari bakal imam?” kata netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *