4 pelajar cedera bergaduh guna kapak 

4 pelajar diserang kapak

Dua mangsa mengalami cedera parah manakala dua lagi cedera ringan. – Getty Images

PARIS – Sekurang-kurangnya empat pelajar sekolah menengah cedera selepas sebilah kapak digunakan sebagai senjata pergaduhan di dalam sebuah kereta api di tenggara Paris, lapor saluran berita The Guardian semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) di stesen Ozoir-la-Ferrière ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. 

Menurut seorang jurucakap polis tempatan, seorang mangsa mengalami cedera parah di kepala, manakala seorang lagi putus tangan. 

“Dua mangsa lain hanya cedera ringan. 

“Mereka dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” jelasnya. 

Tambah jurucakap sama, polis turut merampas beberapa senjata tajam lain termasuk pisau, pedang samurai dan kayu besbol. 

“Seorang suspek utama berusia 16 tahun ditahan di rumahnya.

“Punca mereka bergaduh masih belum jelas,” tambahnya. – AGENSI