36 jam dikepung aligator, pesawat terhempas di paya

Viral aligator scaled

LIMA orang diselamatkan dari atas di paya yang menjadi sarang alligator. – Foto Kementerian Pertahanan Bolivia

SUCRE, Bolivia – Lima orang berjaya diselamatkan selepas terkandas selama 36 jam di atas bumbung pesawat di sebuah kawasan paya yang menjadi sarang aligator di Bolivia, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pesawat itu ditemukan oleh nelayan tempatan di wilayah Amazon kelmarin selepas ia hilang dari radar Jabatan Beni, tengah Bolivia selama 48 jam.

Pengarah Pusat Operasi Kecemasan Jabatan Sungai, Wilson Avila berkata, mangsa yang terselamat terdiri daripada tiga wanita, seorang kanak-kanak dan juruterbang berusia 29 tahun.

Juruterbang, Andres Velarde berkata, kegagalan enjin menyebabkan pendaratan cemas terpaksa dilakukan berhampiran Sungai Itanomas semasa penerbangan dari Baures di utara Bolivia, ke bandar Trinidad.

Kelima-lima mereka terpaksa berdiri di atas badan pesawat yang dikelilingi oleh beberapa ekor aligator.

“Kami tidak boleh minum air dan tidak boleh pergi ke tempat lain kerana terdapat aligator,” kata Velarde.

Selepas nelayan menemukan pesawat itu, sebuah helikopter dihantar untuk mengangkut lima mangsa tersebut ke hospital. – AGENSI