300 penduduk tertipu janji ahli politik biayai separuh kos umrah

Geli umrah1 scaled

SEJUMLAH jemaah umrah memilih pergi menunaikan umrah dengan perbelanjaan sendiri selepas berasa ditipu Putri Dakka. – Foto Istimewa

JAKARTA – Kira-kira 300 penduduk tertipu dengan janji diberikan bantuan wang untuk mengerjakan umrah oleh seorang calon yang bertanding untuk jawatan datuk bandar di wilayah Sulawesi, lapor portal berita Merdeka.com semalam.

Peguam mewakili mereka, Andi Ifal Anwar menyatakan, dia telah membuat dua laporan polis terhadap calon pilihan raya datuk bandar Palapo, Putri Dakka.

“Pertama, aduan penipuan dan (kedua) pencemaran nama baik melalui maklumat transaksi elektronik (ITE),”ujarnya kepada wartawan semalam.

Andi berkata, penipuan itu bermula ketika Putri Dakal berjanji menampung 50 peratus daripada jumlah kos umrah mereka.

“Jumlah jemaah umrah yang mendaftar sekitar 300 orang,”katanya.

Namun, hanya enam daripada 300 orang itu pergi menunaikan umrah dengan kos 50 peratus dibiayai oleh Putri Dakka. 

Andi berkata, enam orang itu pergi menunaikan umrah setelah kisah mereka menjadi tular di  media sosial. – AGENSI