JAKARTA – Seorang warga emas berusia 64 tahun di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang jauh lebih tua, lapor portal berita Tribunnews kelmarin.
Meskipun pengantin wanita sudah berusia 89 tahun, ia tidak menghalang pasangan tersebut untuk mendirikan rumah tangga.
Mereka melaksanakan akad nikah di Kaunter Urusan Agama Giritontro di Wonogiri, wilayah Jawa Tengah baru-baru ini.
Pasangan berkenaan, Ngatimin dan Satinem bertemu buat pertama kali di sebuah ladang sekitar dua tahun lalu.
“Kami nekad berkahwin selepas dua tahun berkawan,” kata pengantin lelaki. – AGENSI