2 maut, 2 hilang bot nelayan karam di Jeju 

bot nelayan karam

Pengawal Pantai mencari mangsa yang hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Jeju kelmarin. – Yonhap

SEOUL – Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala dua lagi masih hilang selepas dua bot nelayan yang membawa 15 kru karam di perairan berhampiran selatan pulau peranginan Jeju, Korea Selatan, lapo agensi berita Yonhap semalam. 

Pengawal Pantai Jeju berkata, pihaknya menerima laporan sekitar pukul 9.24 pagi (waktu tempatan) berhubung dua bot nelayan yang karam di perairan Jeju. 

“Bot nelayan seberat 32 tan itu membawa tujuh orang, manakala sebuah lagi bot yang memiliki berat 29 tan membawa lapan orang. 

“Kira-kira 13 kru berjaya diselamatkan setakat pukul 3 petang (waktu tempatan), tetapi dua daripada mereka meninggal dunia akibat serangan jantung. 

“Mangsa yang meninggal dunia termasuk kapten dan kru warga Indonesia,” katanya. 

Kapten bagi kedua-dua bot tersebut merupakan warga Korea Selatan, manakala kru yang dibawa mereka ialah warga asing termasuk Vietnam dan Indonesia. 

“Pihak berkuasa meneruskan operasi untuk mencari dua kru yang hilang, namun cuaca buruk dan ombak kuat menjejaskan usaha menyelamat,” tambahnya. – AGENSI