100 bintang hilang di langit, pakar-pakar keliru

Viral bintang

GAMBAR fail bintang di angkasa lepas. – Foto ESA/Hubble/NASA

WASHINGTON – Kira-kira 100 butir bintang di langit lenyap dalam misteri kosmik yang membuatkan pakar-pakar astronomi ‘menggaru kepala’, lapor portal berita Daily Star semalam.

Puncanya masih tidak jelas, tetapi fenomena membingungkan itu mula terserlah pada 2019.

Cahaya bintang boleh menjadi malap atau sebutir bintang meletup tetapi ia biasanya tidak hilang begitu sahaja tanpa jejak.

Menggunakan perisian canggih, pasukan penyelidik mengenal pasti sekitar 150,000 sumber cahaya di angkasa lepas tetapi telah lenyap selama beberapa dekad.

Mereka kemudian menyaring imej itu dan mengecilkannya kepada 100 bintang yang kemudian didapati telah hilang.

Pasukan penyelidik itu mengemukakan teori bahawa objek yang hilang itu sebenarnya asteroid.

Satu lagi teori menarik mencadangkan bintang-bintang itu tidak meletup dalam fenomena dikenali sebagai supernova yang mengeluarkan cahaya sangat terang, sebaliknya lenyap ke dalam lohong hitam.

“Kehilangan ini sangat lengkap sehingga tiada letupan berlaku,”kata seorang pakar astronomi, Alejandro Vigna-Gomez. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *