Foto: MITI
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Iteenews) — Pengumuman peruntukan sebanyak RM2.184 bilion kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam Belanjawan 2025 dilihat sebagai mengiktiraf keberkesananPelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dalam memacu potensi global industri Malaysia.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian itu turut mengalu-alukan langkah Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang bakal dilaksanakan pada suku ketiga 2025 selain peruntukan RM200 juta untuk Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF2) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF3).
Langkah utama lain termasuk peruntukan pelaburan RM1 bilion daripada Khazanah Nasional Bhd (KNB) bagi memperkukuhkedudukan Malaysia dalam sektor semikonduktor selain terus membangunkan industri bagi meraih peluang global yang dijangka bernilai lebih US$1 trilion menjelang 2030.
“Sehubungan itu, perluasan insentif cukai bagi reka bentuk litar bersepadu (IC) juga bakal merangsang eksport dan meningkatkan kompleksiti dalam sektor elektrik & elektronik (E&E),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menyentuh usahamemacu pendigitalan industri negara, Tengku Zafrul berkata MITImenyambut baik peruntukan RM10 juta untuk meningkatkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) menerusi kerjasama dengan kalangan akademia dan industri Malaysia bagi memperkukuhinovasi digital melalui sokongan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO).
Peruntukan RM10juta bagi penyambungan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD5 yang menyediakan rebat sehingga RM2,400 akan terus dilaksanakan olehInstitutAutomotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii)dalam usaha meneraju industri kenderaan elektrik (EV).
“Penggunaan EV oleh rakyat Malaysia juga pasti diperluaskan melalui penetapan harga kurang daripada RM100,000 bagi EV pertama Malaysia yang sedang dihasilkan oleh Perodua,” katanya.
Bagi memupuk pembangunan bakat industri pula, peruntukanRM200 juta menerusi pelaburanKhazanah Nasional Berhad di bawah Program Pembangunan Belia K-Youth untuk melahirkan 11,000 bakat tempatan bagi sektor utama seperti semikonduktor.
“Peruntukan tambahan RM20 juta pula bagi UniversitiTeknologi MARA (UiTM) melahirkan lebih ramai jurutera E&E, terutamanya penyertaan jurutera Bumiputera dalam industri semikonduktor.