Kenaikan Nilai Ambang WPL Bantu Syarikat Rancang Pelaburan – MPOB

7325f376f94ccb6607dac06fd4f14df264bb48a0a6fa6 4c61857d4e8045e0c7cd079a71af565c6549f89d3a20a Ketua Pengarah Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Iteenews) — Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL)memberikan ruang kepada syarikat perladangan untuk beroperasi dengan lebih efisien, terutamanya dalamberdepan pasaran minyak sayuran global yang kompetitif.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkatakenaikan nilai ambang WPLini akan membolehkan syarikat merancang pelaburan dengan memberitumpuan kepada inisiatif yang bersifat jangka panjang.

"Ini termasuk pelaburan strategik dalam penanaman semula pokok sawit tua yang kian meningkat jumlah keluasan yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti hasil ladang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan nilai ambang levi WPL semasa daripada RM3,000 kepada RM3,150 satu tan bagi Semenanjung dan RM3,500 kepada RM3,650 satu tan bagi Sabah dan Sarawak yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 merupakan langkah positif oleh kerajaan dalam menyokong sektor sawit.

"Walaupun kenaikannya adalah sederhana, ia merupakan usaha awal yang dapat mengurangkan tekanan kenaikan kos pengeluaran minyak sawit,” katanya.

Manakala peruntukan RM100 juta dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,500 orang pekebun kecil melibatkan kawasan seluas 5,900 hektar.

Ahmad Parveezberkata pelaksanaan insentif tanam semula menggalakkan pekebun kecil untuk menanam semula pokok sawit tua yang kurang produktif, sekali gus meningkatkan hasil sawit serta pendapatan pekebun kecil.

"Langkah ini akan memperkukuh sektor sawit negara dan kestabilan ekonomi pekebun kecil dalam jangka masa panjang,” katanya.

Sementara itu beliau berkata pengumuman peruntukan sebanyak RM65 juta untuk menangkis salah tanggapan mengenai minyak sawit di peringkat antarabangsa, khususnya dari Kesatuan Eropah, merupakan langkah strategik untuk memperkukuhkan pasaran minyak sawit Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *