Punca pengurus England dipecat kelab

Thomas Tuchel 1

TUCHEL

MUNICH – Bekas Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness beri amaran kepada penyokong England supaya tidak terlalu diulit mimpi indah dengan perlantikan Thomas Tuchel sebagai pengendali baharu The Three Lions.

Sebaliknya, Hoeness menganggap kehadiran Tuchel sebagai pengendali Bayern sebelum ini adalah bencana besar untuk kelab tersebut sebelum ini.

Malah, Hoeness mendakwa Tuchel sebagai pengurus yang anti dengan pembangunan pemain muda sekali gus menyebabkan pihak pengurusan pasukan itu memilih untuk melantik Vincent Kompany yang dilabel sebagai lebih baik.

“Vincent Kompany adalah anugerah buat Bayern Munich. Dia adalah bekas pemain yang pernah beraksi di pentas tertinggi dan pada pendapat saya dia juga mempuyai karakter yang agak bagus.

Kompany Bayern
KOMPANY dianggap sebagai pengendali lebih baik oleh pihak pengurusan Bayern berbanding ketika pasukan itu dibimbing Tuchel. – AFP

“Dia sentiasa mahu jadikan pemain sebagai individu lebih baik dan itulah yang dia sedang lakukan. Adakalanya mereka berlatih dua jam hingga keletihan dan hanya perkara yang bagus boleh saya katakan tentangnya.

“Berdasarkan enam aksi, empat adalah di tempat lawan dan Bayern sekarang berada di puncak liga. Kompany menyerlahkan permainan yang mengujakan dan sebagai penyokong saya gembira untuk berada di stadium,”katanya.

Kelmarin, Tuchel dipilih sebagai pengendali baharu England dan menandatangani perjanjian 18 bulan sekali gus bakal memikul harapan besar menamatkan penantian panjang The Three Lions dalam merangkul kejuaraan.

Tuchel meninggalkan Bayern musim lalu selepas gagal menyekat Bayer Leverkusen yang diangkat sebagai juara baharu Bundesliga. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *