MoU SC-Khazanah Mudahkan Akses Syarikat Peringkat Pertengahan Kepada Pasaran Modal

8ba950fcf5a4f092ff3a8079780bfeef6710d91dd5d6aKredit: FB – Securities Commission Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Iteenews) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan syarikat peringkat pertengahan (MTC) Malaysia.

Menurut kenyataan bersama hari ini, ini akan dilaksanakan melalui Dana Impak untuk meningkatkan akses pembiayaan dan membantu (MTC) memahami pasaran modal untuk mempercepatkan pertumbuhan dan pengembangan mereka.

Matlamatnya ialah membina rangkaian kukuh untuk syarikat MTCyang bersedia memasuki pasaran modal.

“MoU itu akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah menyokong fasa pertumbuhan MTC seterusnya serta program dan inisiatif bersama untuk meningkatkan kesedaran dan akses mereka kepada pasaran modal,” katanya.

Ini termasukinkubasi pengumpulan dana untuk 60 hingga 100 MTCuntuk meningkatkan kesediaan pasaran modal,program pembinaan kapasiti yang khusus untuk meningkatkan daya saing dan kapasiti inovatif serta pelaburan untuk memacu pertumbuhan, katanya.

Menurut kenyataan itu, MoU tersebut menyokong pelan hala tuju lima tahun SC“Memangkin Akses Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta MTC kepada Pasaran Modal (2024-2028).”

Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata pihaknya menghargai sokongan Khazanah terhadap Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC serta matlamat jangka panjang SC untuk memastikan ekosistem pengumpulan dana pasaran modal yang inklusif dan menyeluruh.

“MTC merupakan majikan domestik yang penting dan penyumbang kepada ekonomi. Bagaimanapun, mereka telah dikenal pasti sebagai‘missing middle’ berikutan mereka sering menghadapi kesukaran dalam mengakses pembiayaan untuk pertumbuhan.

“MOU ini akan menangani cabaran tersebut untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *