KUALA LUMPUR, 17 Okt (Iteenews) — Pelaburan berjumlah RM85.7 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) diperlukan bagi memastikan sasaran Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dapat dicapai.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata dasar itumenetapkan sasaran peningkatan Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) kepada 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025 dan 3.5 peratus menjelang 2030.
“Berdasarkan unjuran, bagi meningkatkan perbelanjaan R&D kepada 3.5 peratusdaripada KDNK menjelang 2030, anggaran perbelanjaan R&D yang diperlukan ialah RM25.7 bilion dari sektor awam dan RM60 bilion dari sektor swasta, berdasarkan nisbah sumbangan 30:70 antara sektor awam dan sektor swasta,” kata kementerian itumenerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.
Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) sama ada kadar dana R&D memberi kesan terhadap pembangunan teknologi dan daya inovasi negaradengan merujuk kedudukan Malaysia berbanding negara lain seperti Korea Selatan dari segi peruntukan R&D.
Kementerian berkata berdasarkan laporan, nisbah GERD terhadap KDNK negaraadalah sekitar 1.0 peratus atau RM13.48 biliondanjauh ketinggalan berbanding Korea Selatan yang memperuntukkan hampir 5.2 peratus daripada KDNK iaitu RM368.09 billion pada 2022.
“Data juga menunjukkan nisbah perbelanjaan R&D antara sektor awam dan sektor swasta di negara ini adalah 59:41 dengan sumbangan sektor swasta adalah 18 peratus yanglebih rendah berbanding sektor awam,” katanya.
Susulan itu,kerajaanmengambil langkah proaktif melalui inisiatif seperti dana Malaysia Science Endowment (MSE), i-Connect, inisiatif Tetingkap Tunggal, insentif potongan cukai dua kali untuk perbelanjaan R&Dserta meningkatkan akses kepada teknologi terkini melalui program di bawah pelbagai agensi dan jabatan bagi meningkatkan penglibatan swasta.
— BERNAMA