Dua beranak parah dihempap pokok kelapa sawit

Dua beranak cedera selepas dihempap pokok kelapa sawit tumbang di Kilometer 23 Jalan Lipis Benta semalam.

Dua beranak cedera selepas dihempap pokok kelapa sawit tumbang di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta semalam.

LIPIS – Dua beranak cedera parah akibat dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang dalam kejadian di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta di sini kira-kira pukul 1 tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa, S Dhanalekchumi, 37, sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya, K Tanushrou, 7, dari sekolah.

“Keadaan cuaca buruk serta angin yang agak kuat, tiba-tiba sebatang pokok sawit di lereng bukit tumbang menghempap kedua-dua mangsa. Mangsa dilaporkan cedera di leher dan dada, manakala anaknya mengalami kecederaan parah di kepala serta dada,”katanya di sini hari ini.- https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *