[VIDEO] `Atok\’ menangis takut jarum

Tangkap layar video tersebut

Tangkap layar video tersebut

PETALING JAYA- Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki warga emas menangis selepas menerima suntikan menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @Rosmahbaharomshop menunjukkan lelaki tersebut kelihatan gugup sebelum menerima suntikan.

Lelaki itu dilihat duduk dengan seorang jururawat yang bersedia untuk memberikannya suntikan, namun selepas dicucuk lelaki tersebut mula menangis.

Rata-rata pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka dengan ada yang meluahkan simpati dan terhibur dengan gelagat itu.

“Saya selaku jururawat pun takut jarum apabila orang lain nak cucuk saya, tapi masa saya nak cucuk orang lain, entah ke mana rasa takutnya tu,” kata Vicky Dinesh Visha.

“Macam suami saya, badan besar tapi takut jarum. Ramai geng takut jarum rupanya,” kata Ayda Rashid. -https://amiminerals.org/

@rosemawar71 Atok takut jarum#mukajergarang#🤣🤣#kasiviralsikit ♬ bunyi asal – RoseMawar – ROSMAHBAHAROMSHOP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *