TANJUNG MALIM – Penduduk Kampung Rasau, Slim River di sini tidak dapat melupakan bencana banjir sehingga menyebabkan jambatan di perkampungan itu dinaiki air sehingga melepasi paras jambatan pada Isnin lalu.
Menurut Mohamad Naim Amir Khairul Amar, 29, kejadian pada pukul 4 pagi itu berlaku dengan begitu pantas sehingga menyebabkan kedai runcit miliknya yang terletak berhampiran dimasuki air sehingga ke peringkat lutut kaki.
“Tidak pernah berlaku sedemikian. Mujur saya tidak tidur semasa kejadian dan sempat menyelamatkan beberapa stok barangan runcit.
“Saya risau sekiranya jambatan itu tidak dapat bertahan dan roboh menyebabkan ratusan penduduk terputus perhubungan,”katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, mujur kediamannya terletak di kawasan tinggi menyebabkan ia tidak dimasuki air.
“Memang banyak kerugian kerana banyak barangan yang rosak termasuk peti ais, tetapi nak buat macam mana bencana alam.
“Kedai runcit saya pun masih tidak beroperasi sepenuhnya lagi kerana banyak barangan dan perkakas yang perlu dibersihkan,”katanya. – https://amiminerals.org/