Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Iteenews) — Trend pertumbuhan hutang kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangkepada sekitar 7.5 peratus mengakhiri 2024 berbanding8.6 peratus pada 2023 dan 10.2 peratus pada 2022, kata Kementerian Kewangan.
Penurunan itumenunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikannisbah hutang kepada anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tidak melebihi 60 peratus dapat dicapai dalam tempoh jangka sederhana seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850).
Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlahRM1.22 trillion.
"Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023,” kata Kementerian Kewanganmenerusi jawapan bertulis yang disiarkan dilaman sesawang Parlimen, hari ini.
Kementerian Kewangan berkata demikian sebagaimenjawab soalan daripadaHassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkenaan langkah-langkah kerajaan untuk membayar hutang danstrategi mengurangkannya pada tahun-tahun akan datang.
Menurut kementerian itu, beberapa langkah kawalantelah dan akan dilaksanakan untuk mengurangkan paras hutang termasuk pelaksanaankonsolidasi fiskal bagi memastikan pinjaman baharu lebih rendah, memperluas asas hasil, pelaksanaan subsidi diesel bersasar dan penilaian semula pelaksanaan serta pembiayaan projek mega bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian ekonomi.
— BERNAMA