Taman Melawati antara 114 ‘hotspot’ tanah runtuh di Ampang

WhatsApp Image 2024 10 16 at 10.02.28 AM

Amirudin bercakap kepada pemberita selepas selesai melawat 23 penduduk di PPS hari ini.

AMPANG – Lokasi tanah runtuh di lereng bukit Jalan E6 Taman Melawati antara salah satu daripada 114 kawasan ‘hotspot’ yang berisiko tinggi di daerah Ampang Jaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keseluruhan lokasi yang berisiko di daerah itu adalah melebihi 600 kawasan setakat ini.

“Kawasan yang boleh ditandakan sebagai zon kuning, jingga dan merah itu (paling berisiko) adalah sebanyak 600 lebih manakala berisiko (jingga) pula melebihi 400 kawasan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 114 kawasan yang sangat berisiko tinggi termasuk kawasan tanah runtuh Taman Melawati ini,” katanya ketika sidang akhbar di sekitar lokasi kejadian hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu kawasan tanah runtuh Taman Melawati antara lokasi berisiko yang disenaraikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

“Kita lihat strukturnya (tanah runtuh), tanah-tanah tersebut berada di atas batu kalau kita nampak tadi yang putih itu batu-batu kapur.

“Dan ini memang dalam rangkaian batu kapur yang panjang, daripada Hulu Klang, di sini (daerah Ampang Jaya) sampailah ke Batu Caves.

“Bila berlaku pergerakan air selama beberapa bulan di situ maknanya gelongsoran akan mudah berlaku. Kita telah memberi maklum ketika dahulu, tapi takkanlah kita hendak keluarkan semua rumah di sini,” ujarnya lagi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan hujan lebat sejak awal pagi semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Hulu Klang , di sini. -https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *