MADRID – Seorang wanita maut selepas digigit seekor hamster peliharaannya di Villarreal, Sepanyol, lapor laman berita Metro UK semalam.
Wanita berusia 38 tahun itu rebah di luar sebuah pusat kesihatan ketika dia pergi untuk mendapatkan rawatan susulan bersama dua anaknya.
Menurut laporan media tempatan, rakyat Colombia itu rebah pada Jumaat lalu.
Kakitangan kesihatan bergegas untuk memberi bantuan kecemasan bagi menyelamatkan nyawa mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia.
Mayat wanita tersebut kemudian dibawa untuk dibedah siasat. Namun, hasil bedah siasat kebiasaannya tidak didedahkan kepada umum di Sepanyol.
Siasatan tentang punca kematiannya masih dilakukan. – AGENSI