Sarawak Meterai MoU Dengan MEASAT Pacu Kemajuan Industri Angkasa Lepas

58881530e7e6f9ecf6689e4e3bcca847670e680eed6a4

KUCHING, 15 Okt (Iteenews) — Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan penyedia penyelesaian satelitMalaysia, MEASAT Global Bhd (MEASAT), dalam usaha meningkatkan pembangunan industri angkasa lepas Sarawak.

Majlis MOU itu disaksikanMenteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi hari ini.

Di bawah MOU itu, MEASAT akan bertindaksebagai perunding kepada Jawatankuasa Industri Angkasa dan Satelit Sarawak (SISCOM) dan menawarkan kepakaran industri untuk membentuk dasar, garis panduan serta masa depan industri angkasa lepas dan satelit di Sarawak.

Ini termasuk latihan dan pembangunan bakat, sekali gus memanfaatkan pengalaman lebih 30 tahun MEASAT dalam pengurusan satelit dan pengkomersialan perkhidmatan.

Menerusi kerjasama itu juga, SMA dan MEASAT akan meneroka projek bersama, pengoperasian dan pengurusan satelit, pembangunan angkasa lepas, satelit, dasar pelancaran, garis panduan, latihan dan pembangunan industri.

Menurut Julaihi, kerjasama itumenandakan detik penting bagi cita-cita Sarawak dalam industri angkasa lepas.

“Dengan memanfaatkan kepakaran satelit MEASAT, kami membuka jalan untuk ketersambungan yang lebih luas, khususnya di kawasan luar bandar, sambil meletakkan asas untuk Sarawak mengurus sistem satelitnya.

“Ia jugakunci untuk mencapai matlamat kendiri satelit 2030 kami, yang juga akan menyumbang ke arah peningkatankeupayaan kami dalam menggubaldasardengan pengumpulan dan analisis data lanjutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurus Besar SMADatuk Dr Anderson Tiong Ing Heng berkata SMA komited dalam memupuk kerjasama terbuka untuk meneroka strategi inovatif bagi meningkatkan ketersambungan Sarawak dan mengukuhkan infrastruktur digitalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *